Tick tock

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 March 2011

Pacik, Masuk Sini Patutnye Tadi

Tak ada hadiah untuk teka tajuk itu ditujukan untuk siapa. Btw I write about my own experiences, just maybe what's currently happening around me triggers my memory so I feel drawn to write about it, please don't anybody feel like I'm talking about them.

Tajuk ditujukan untuk pacik teksi.

Mula-mula bukak semester memang kita semua semangat, 31 minit sebelum start class dah kita turun tunggu bas. Tapi sekarang 1ominit pun belum tentu. Jadi bila dah lambat, terlepas bas, kita naik teksi. Seminggu tu ada la empat lima kali naik teksi. Sampaikan sudah kenal pacik teksi misai ceni camtu, pacik teksi ada anak gadis comel dah tiga kali org meminang, pacik teksi nasi kukus kat PJ dan ramai lagi.

Selalunya kita berebut taknak duduk depan, sebab nanti kena layan pakcik berborak. Lepas tu kita taknak naik teksi buruk sebab kadang-kadang enjin dia bunyi macam motobot kita takut tak sampai pulak nanti. Tapi naik teksi cantik kereta Saga tu selalunya dia noob tak tau jalan sebab dia kan baru bawak teksi. Geram bila dia eksyen sangat macam tau pastu kita plak yang kena bayar untuk kenoobiban dia. Rasa nak buat rampasan stereng. Kalau saya drive sendiri memang dah sampai dah, pacik.

Nampak sesuatu yang mengejutkan di Facebook. Isk.
Actually I have a lot more to write about but right now I just couldn't. Until some other time.

Friday 18 March 2011

Banyak yang Bercinta, Bertahun-tahun Putus Juga

Each time I think I can deal with heartbreaks, it struck. The only difference is the time needed to collect the pieces and superglue them together – it took less than two hours the last time, and a two-minutes crying session ONLY. I. Am. Awesome.

Eh tajuk kan bahasa melayu jadi kita kenalah tulis melayu. Mari cakap pasal ‘rebound’. Bahasa melayunya loncatan semula. Rebound adalah fenomena yang berlaku apabila seseorang yang baru putus selepas bercinta bagai nak rak dengan kekasih lama bertemu seseorang yang agak interesting padanya, dan menyedari bahawa mungkinkah cinta berputik kembali patah tumbuh hilang berganti seterusnya mengurat pula that interesting person sampailah kedapatan. Interesting di sini bermaksud orang itu tidak semestinya menepati ciri-ciri manusia idaman, tetapi mungkin mempunyai satu sifat yang tidak ada pada kekasih lama seperti tinggi 180cm, bercakap sopan santun, berjejari runcing, berambut ala Justin Bieber dan pelbagai lagi plus points yang sebenarnya hampir tidak lojik. Fenomena rebound juga bergantung gigih kepada timing yang tepat sekali, dan juga kepada kadar kekecewaan – semakin teruk kecewanyer, semakin dungu lah reboundnyerrr.

Hubungan (tidak intim, mungkin) bersama si rebound akan berlangsung seperti couple-couple biasa yang dijumpai di pasaraya. Dapatan dari hasil kajian mungkin juga menunjukkan bahawa sesi dating berlangsung lebih extreme daripada dates yang pernah dilalui bersama kekasih lama – setiap hari tanpa gagal, sehingga dua, tiga pagi – kerana si empunya diri berasakan bahawa dirinya amat tenang bersama si rebound, padahal dia yg takmo balik tidor sebab takmo sedih dibuai-buai kenangan bersama kekasih lama.

Sedar tak sedar, masa pun berlalu dan mulalah kurasakan pudar dalam hatiku rasa cinta yang ada untuk dirimu. Kau punya kulit kering, rambut kau asyik masuk mata je geram la nak tengok dan kau ni tak penah nak paham I kan sekolah cane nk reply mesej, dungu. Padahal dulu eksaited je reply SMS dalam kelas. Ini kerana sebenarnya si empunya diri is now strong enough and completely over the ex, dan si rebound ni dah habis madunyaaaa. So sad. Pastu diorang pun breakup. (Abis dah sep diooo. Eh?) Pastu si rebound yang dah jujur ikhlas tangkap cintun ni pun jumpa rebound lain. Cycle is repeated. Begitulah dunia.

Lepas break mesti ade punye ah rebound ni, kerat ayam weh. Perasan ka tak perasan. Mungkin juga bukan orang. Be it a friend, be it chocolates, a hobby or your sudden aversion to the colour red – skali lagi, kerat ayam weh. Wounds must heal tak kesah lah HOW.

Moral of the storieeee: takde moral. Ikutlah nak berkawan lagu mana pun.

Hallo zusammen!

 1. 2022 ist mein achtes Jahr in als Lehrerin in Mersing. 2. Ich bin gerade mit meinem 2. Kind schwanger. 3. Mein erstes Kind ist 3 Jahre al...