Tick tock

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 November 2014

Resepi Ayam Ungkep

Dah macam blog mak-mak plak dah.. Rajin beno post resepi. Sebenarnya ada deadline lagi tiga jam 10 minit. Tapi sebab baru lepas makan nasi dan rasa kagum dengan diri sendiri maka nak la post resepi ni.. Mengajak korang menikmati lauk bersama. Secara virtual.

Pada suatu hari, nak masak dan tiada idea.. Rasa bosan dengan semua lauk yang tau masak (limited knowledge lagipun). Jadi, Google "lauk ayam mudah dan cepat" hahha so jumpalah lauk Ayam Ungkep dari blog kakak ini. Kelihatan sungguh yummy.

Resepinya mudah kerana blender aja semua bahan, lepas tu tumis kemudian bubuh ayam dan tutup biarkan mereka bergelumang dengan mesra. Pastu boleh makan. Kesedapan bahan tumis meresap masuk ke dalam liang-liang ayam.. Fuhh

Bahan-bahannya

Ok you must note that my kitchen selalu tak cukup satu bahan. Contohnya kali ni takde serbuk jintan bagai macam dekat blog kakak tu. So takdelah bubuh. Dan sebab inilah "cooking" is better than "baking". Baking sesuai untuk orang-orang yang persis dan jitu hasil kerjanya.. Sebab baking tak boleh lebih kurang ala kadar campak-campak. Baking kena ukur.. Tepung banyak ni, gula banyak ni, oven mesti panas begini, bakar selama ini.* Berbeza dengan memasak.

Bahan-bahan Ayam Ungkep (kali ni betul punya)

Anda memerlukan kuali yang ada tutup atau boleh ditutup.

Ayam (7 potongan hebat)
Kunyit
Garam

Bawang merah 7 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili padi ikut kesukaan kepedasan (tadi letak 7)
Cili merah 1 (sebab cili padi dah habis letaklah cili merah)
Halia 3 cm
Kunyit hidup 3 cm (tak letak pun sebab tak ada kehkeh, letak serbuk kunyit sesudu kecil)
Biji ketumbar secubit
Jintan putih secubit
Cukup Rasa untuk menambah keyakinan

Serai dua batang

Cara-caranya

1. Perap ayam bersama garam dan kunyit. Letak tepi.
2. Blender semua bahan dalam perenggan kedua tadi.
3. Panaskan minyak. Dalam sesenduk
4. Titik serai dan goreng serai tersebut dalam minyak tadi.
5. Tumis semua bahan blender tadi. Tuang aja terus ke kuali jangan malu-malu
6. Ok tumis dalam 10 minit gitu atas api sederhana. Kacau. jangan hangus. Sampai pecah minyak
7. Bubuh ayam. Gaul-gaul. Bubuh Cukup Rasa. Gaul-gaul. Kalau suka kuah bubuh air setengah cawan.
8. Bila ayam dah separuh masak. Tutup kuali anda. Biarkan ayam dan bahan tumis sebati masak bersama. Jaga api dan kacau selalu untuk elak hangus.
9. Boleh diangkat bila warna masakan dah jadi satu shade lebih gelap sikit.

Makan bersama nasi panas wuuu~ wuuuw~

No comments:

Hallo zusammen!

 1. 2022 ist mein achtes Jahr in als Lehrerin in Mersing. 2. Ich bin gerade mit meinem 2. Kind schwanger. 3. Mein erstes Kind ist 3 Jahre al...