Tick tock

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, 8 June 2009

I Try to Get Rid of It But I Could Not.


My emak. Dia telah sabotajku pagi ini, dengan menyuruhku membawa durian naik bas dari Melaka ke KL untuk adik beradikku yang ada di sana. Nasib baik daku bukan berasal dari Perlis, dan kakak-kakakku tidak tinggal di Johor.
Durian itu dia keluarkan isinya dan letak di dalam balang Choclairs yang memang banyak ada di rumah. Kemudian dia dengan penuh gaya meletakkan balang itu di dalam beg plastik Roxy yang dia jumpa dalam bilik. Adoiyai emakku.
Oleh kerana awal-awal lagi daku dah pening dengan bau durian, daku pun keluarkan balang berisi isi durian tersebut. Kubalut kemas-kemas dengan kertas suratkhabar lama banyak-banyak. Kemudian ku cari-cari selotep. Mane selotep ni. Makku suruh cari di meja komputer. Tak ada. Aishh. Stapler pun jadilah.
Daku pun mengetip-ngetip balutan suratkhabar itu kat mana-mana yang boleh. Jadilah. Memang menjadi lumrahku membuat kerja cincai. Kasihan kepada anak-anak muridku dan anak-anakku besok. Lepas itu daku letak bungkusan dalam plastik Tesco pulak, dan kuikat lagi kuat-kuat biar tiada bau waima sedikit pun di hujung-hujung hidung, yang boleh lepas keluar.
Kubawa juga durian ke KL naik bas Jebat yang cuma ada 8 orang penumpang, sambil membaca buku John Grisham. Double the Pening.
Tapi emak sudah suruh, apa mau buat.



Alahai emak, jangan kahwinkan aku.

2 comments:

hawe said...

LoL ejat!

mati2 aku igt ko usung durian ngn duri2 die tu ke kl.gle kentang klu cmtu! :D

zartezaty said...

hoh. aku sanggup tak gi kl kalu mak aku suro jgk.

Hallo zusammen!

 1. 2022 ist mein achtes Jahr in als Lehrerin in Mersing. 2. Ich bin gerade mit meinem 2. Kind schwanger. 3. Mein erstes Kind ist 3 Jahre al...