Tick tock

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, 2 September 2013

Kereta api Pemikiran

Faculty organised a charity event with anak-anak yatim Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah Batu 1 1/2, Sungai Pinang, Klang. It was in May, I think.
Rumah okay. Bilik macam dorm. Tapi mungkin kurang selesa bila ramai-ramai cuma share tiga, empat shower dan tandas. Anak-anak solat berjemaah setiap waktu. Bukan anak yatim saja di sini. Anak-anak orang miskin pun ada. Anak-anaknya dah biasa dengan tetamu. Saja-saja je diorang datang dan duduk atas riba. Nampak budak berbaju biru dalam gambar? Nama dia dah lupa lah. Panggil Afiq lah. Hehe
Afiq degil. Suka jauhkan diri. Kalau kena duduk dalam kumpulan, tak pernahnya reti duduk sekali. Dia duduk di belakang dewan. Sorang-sorang. Tapi nampak kasih sayangnya pada adik-adik yang muda. Kami satu kumpulan. Main musical chair, kita hantar dua wakil. Bila musik berhenti, Afiq dapat kerusi. Ahli kumpulan kita yang lagi satu, yang lagi kecik, tak dapat. Cepat-cepat dia bangun dan dudukkan budak tu atas kerusi. Kiranya dia terkeluarlah. Terus aku bagi air ribena sekotak. Dia ingat orang tak nampak.
Kalau ada aktiviti dia memang ikut serta. Tapi tak mahu mesra dengan orang. Dengan adik-adik je dia okay. Bila panggil duduk sebelah, dia datang. Bila panggil amik gambar, macam tu lah. Malu tapi mau. Ke tak mau. Tak tahu T___T
Di akhir hari, kumpulan kita menang tiga hamper. Dia dengan seorang lagi share satu hamper. Terus buka nak dibahagi-bahagi makanan dalam tu. Kebetulan masa tu dah di luar dewan, isteri pengetua rumah nampak dan kata, "Bagi lah bonda sikit," terus dia bagi. Dia cuma ambil biskut sekotak. Yang lain habis dia bagi-bagikan. Aku suruh simpan, nanti lapar, malam-malam, makanlah. 


Dia jawab, "Kak, kitorang tak perlukan semua ni."

Heartbreak.



Oh ya, salah satu sponsornya Mayang Sari Resort, terima kasih!
Kecil je nama di nombor enam T__T


No comments:

Hallo zusammen!

 1. 2022 ist mein achtes Jahr in als Lehrerin in Mersing. 2. Ich bin gerade mit meinem 2. Kind schwanger. 3. Mein erstes Kind ist 3 Jahre al...