Nah ambil ini dengar saja-saja.
Di atas ini ialah lagu juara.
Dikir barat ada empat pihak utama ya tuan-tuan dan puan-puan, tok juara (jogho), tukang karut, awak-awak dan pemuzik. Pemuzik itu ada lima pulak - rebana ibu, rebana anak, gong, canang dengan marakas tu nama tradisional dia apa entah. Awak-awak tu ambillah dari sepuluh hingga berpuluh-puluh orang pun tak apa kot (wah awesome juga kalau ada flashmob dikir!)
Semua orang dah tau kot, I join dikir barat untuk kolej. Bak kata seseorang itewww, "Ko ni jadi balaci la, sebab nak stay kat kolej?" Haha. Sorrylah next year I memang tak duduk UM dah okay. Jadi kalau join ape-ape tu memang ikhlas lah dari hati chewahh.
Pasal dikir ini pula. Mula-mula itu kawan-kawan yang registerkan. Diorang join sekali lah, of course. Masa dapat tau tu mmg #$#%# sedikit di dalam hati, afasal pulak ni suke suke je kan! Tapi pergi sajalah walaupun dua bulan pertama dok cakap "weh aku serius nak keluar, weh aku tanak join." Reasons for feeling so? Well, past experiences made me feel apprehensive being around people from the same background.
Heh masa mula-mula training itu pun memang kaki ponteng dahsyat, training Sabtu malam Ahad, habis semua nama kawan Dochland yang ada dipetik sebab mase tu memang orang tengah summer holidays, menipu kata keluar dengan diorang tak sempat balik padahal kita empat orang escape pergi i-City Shaalam pastu balik mengantuk bosan sebab tak ada apa pun kat situ.
Klakor kot bila diingat-ingatkan sebab sekarang ni, kalau takde kitorang masa training, memang tak jalan lah training itew chewaaah.
Haha betul kot. Seorang nyanyi lagu juara, seorang tukang karut, seorang awak-awak paling chargas, seorang lagi kalau tak datang nanti adalah peminat dia cari. ;)
Coach kita tak hensem (kehkehkeh dia tak baca punya) tapi dia sangat awesome berdikir, spontan je babeyh, menyanyi sedap pula itu, sudah join dikir semenjak umurnya 10tahun dan pernah pula buat show die overseas cewahh pujian melambung, tak apalah, respect.
Kita ada dua team kolej, sep jatey ngn sep tino (menyampah kan dengar? Tapi bahasanya kok memang begitu) lepas itu kalau sep tino (selepas ini Team B) training, ade lah Team A datang tengok, nak sesegar angin katanya. :D
Seronok sangat berdikir. Tapi kena belajar, macam tarian, bukannya boleh terus pandai. Tengok orang buat easy measy je terus dapat bunga segala, kita yang terhegeh-hegeh baru nak belajar sungguh jealous perasaannya, tahun depan untuk subjek Ko-K nak masuk berdikir lagi tapi mereka kata, "dah pandai nak buat apa?" Alahai tak faham ke Easy A haha.
Tapi betul juga, tak join perkara baru, tak kenallah dunia baru. Macam sekarang ini. :)
No comments:
Post a Comment