I really had a blonde moment during the writing of this, so I had to use the first name that came into mind. Tak ada kaitan whatsoever dengan yang hidup atau yang mati.
“Aku nak kau putuskan hubungan dengan budak lelaki tu. This is final. Ada boyfriend bukan untuk menyusahkan, bukan untuk bagi masalah,” kata ayah. Aku nampak di belakangnya Angah tersengih-sengih macam kerang busuk. Emak pula sedang melihat ke arah sekumpulan pelajar bersama ibu bapa mereka, yang sepertiku turut mendaftar hari ini. Termasuk aku, cukup 65 orang pelajar baru Kolej Van Dijk sesi Julai 2007. Tak ramai pelajar hari ini, maklumlah kami semua ambilan kedua.
Aku ralat juga mendaftar hari ini. Padahal aku rasa result SPMku lebih dari cukup untuk aku memenuhi kelayakan program diploma Grafik dan Multimedia di kolej ini. Namun namaku sebenarnya telah ditolak dari senarai pelajar yang berjaya, kerana satu perkara yang berlaku pada hari aku ditemuduga. Hari yang bernasib malang itu, aku telah membawa ex-ku, Amran ke temuduga itu. Sebabnya, aku memang tak tahu jalan datang ke sini pada mulanya. Tapi sebab aku rasa Amran lebih pandai dalam mencari-cari arah, aku bawalah dia. Malangnya lain pula yang dia buat. Dahlah kami lambat setengah jam, dia pandai pula menjawab apabila salah seorang daripada pensyarah di kolej itu menegurnya yang sengaja menendang-nendang dinding kelas-kelas di situ. Alasannya, nak meninggalkan kenangan. Oleh sebab dia, namaku pula yang rosak. Aku dituduh sama jahat. Sakit hati betul. Nasib baik aku berjaya masuk setelah rayuan dibuat. Masak jugalah nak pergi ke sana sini, pujuk Dekan dan Pengarah. Sekarang aku pun dah single, lega rasanya!
Ayahku batuk-batuk kecil. Serentak itu, aku ternampak kelibat seorang lelaki keluar dari lif yang berada lebih kurang 5 meter dari tempat kami berdiri. Dia memegang laptop Apple hitam berkemasan hijau muda di sudut. Berseluar pendek (bukan macam apek jual sayur) dengan T-shirt polo hijau tua, di lehernya tersangkut headphone. The epitome of modern man. Aku tak dapat mengalihkan pandanganku dari memandang wajahnya. Dia nampak aku tengok dia. Alamak! Kantoilah macam ni! Mana boleh mana-mana lelaki kacak perasan aku sedang tengok mereka. Lelaki ini melintas di tengah-tengah kumpulan ahli keluargaku. Tiba-tiba.. Dia senyum! Aduhai. Kawaii... Aku memandang Angah. Dia bagaikan tidak perasan apa-apa. Padahal tadi aku nampak dia bagai berundur setapak ke belakang, memberi laluan kepada lelaki itu. Aku mahu meminta pendapat kakakku itu tentang lelaki itu, tapi tak berani pula aku buat macam tu di depan ayah. Dahlah baru lepas kena marah!
Tapi… Frust juga ya, aku cuma dapat kenal muka dia saja.
Sebulan kemudian, aku sedang berjalan menuju ke arah lif itu. Di tanganku ada 6 rim kertas berwarna yang perlu kubawa ke bilik guru di tingkat 4. Tiba di depan lif, aku terpinga-pinga. Macammana aku nak tekan butang kalau tanganku penuh. Aku pusing ke kiri dan ke kanan, seorang manusia pun tak ada di sekeliling. Nak tak nak aku letak dulu kertas-kertas itu ke bawah, dan kuangkat semula kemudiannya. Di dalam lif proses yang sama kuulang. Tapi baru saja hendak kututup pintu, lelaki itu yang menjadi punca aku selalu terjengah-jengah bila berada di kantin atau perpustakaan, menyelit masuk.
“Argh! Sorry!” jeritku. Takut pula lengannya yang cerah kemerahan lebam-lebam terlanggar pintu lif. Pelik juga. Tadi aku tak nampak pun ada orang di sekeliling. Dia ni berlari kot tadi.
“Tak apa. Tak kena pun,” jawabnya tersenyum. Isk. Alamak. Aku hendak mengusulkan kepada Biro Disiplin Majlis Perwakilan Pelajar supaya melarang pelajar lelaki ini daripada tersenyum. Mana tidaknya, dia mampu buat orang lemah lutut. Macam mana nak belajar kalau dalam kelas tak boleh fokus, asyik teringatkan senyumannya yang manis macam gula nira?
“Awak, tekankan butang tingkat 12 untuk saya,” aku tersentak. Terpinga-pinga sekejap. Padanlah dia tak boleh tekan sendiri. Badanku rapat betul dengan butang lif. Aku sengih. Dia senyum lagi. Cepat-cepat aku menutup pintu lif. Perjalanan ke tingkat empat kurasakan begitu lama. Cemas! Berdebar-debar jantung memikirkan si dia yang berdiri di belakangku, mungkin sekarang sedang memerhatikan aku. Sampai sahaja, aku angkat kertas tanpa menoleh dan terus keluar. Berpeluh-peluh rasanya!
Tapi… Aduhai! Kenapalah aku tak ambil peluang tadi berkenalan!
Minggu depan aku datang lagi ke situ, ke lif bangunan tertinggi di kolejku. Nasibku baik. Dia masuk lagi ke lif, dan masih memintaku menekan butang 12 untuknya. Aku memberanikan diri.
“Panas hari ini, kan?” tanyaku. Serentak aku rasa diriku tolol. Dalam banyak-banyak topik yang aku boleh tanya, kenapalah aku buka cerita pasal cuaca!
“Ye ke? Tapi I love the sun. Sebab saya selalu rasa terlalu sejuk,” dia senyum. Aku cuba sengih. Cepat-cepatlah sampai, tingginya tingkat sepuluh!
“Nama awak apa? Saya Daniel.” Aku tersentak buat kali keduanya dalam lif ini.
“Just call me Ana. I’m from graphics.” Jawabku. Ting! Sudah sampai. Aku melangkah keluar, dia pula ikut sekali.
“Awak kan nak naik ke 12?”
“Tak apa, saya boleh guna tangga. Exercise.” Senyum lagi. “Awak, boleh tak datang jumpa saya di depan lif ni minggu depan, pukul 3 petang? Saya nak beri barang awak yang tertinggal last week,” katanya. Hairan juga aku. Ada ke barang yang tertinggal?
“Apa tu?”
“Just some papers. Yang awak bawa hari tu, ada yang tertinggal. Boleh tak? On Friday.”
“Ye ke tertinggal?” Aku garu kepala. Rasanya semua dah cukup aku hantar ke pejabat. Tapi tak apalah. “Of course, I’ll see you next Friday.”
Hujung minggu selepas Jumaat yang bersejarah itu, aku habiskan dengan membuat frame untuk kuletak potretku sendiri. Kertas yang diberinya memang kertas yang aku rasa aku tertinggal di dalam lif, kali kedua aku terserempak dengan Daniel. Tak banyak pun, lebih kurang 15 keping semuanya. Yang membuatkan aku terkejut, atas semua keping kertas itu, terlukis potret wajahku dari pelbagai sudut! Ada sekeping yang merakam wajahku sedang duduk kebosanan di tepi padang sambil melihat rakan-rakanku bermain bole sepak. Lukisannya sungguh hidup. Rambutku yang kini sudah panjang melebihi paras bahu, nampak terbuai oleh angin. Sebelum ini, aku tak pernah pun nampak si Daniel ni di mana-mana. Sekalipun tak pernah! Tapi lukisan yang dibuatnya ini bagaikan dia sedang memerhatikan ku dari jarak dekat. Ah, mungkin aku kurang periksa agaknya!
Yang paling seronok, kami berjanji jumpa lagi Jumaat yang seterusnya, juga jam tiga petang.
Oh ya, dan juga Jumaat selepas itu, dan selepas itu, dan seterusnya.
Dan seterusnya…
“Saya belanja air pun tak mahu!” marahku. Daniel sengih lawa. Geram sungguh aku dengan lelaki yang seorang ini. Sudahlah tiap-tiap kali mahu berjumpa di sekitar kawasan ini sahaja. Asal aku ajak keluar ke town, memanjang tak mahu. Temankan aku pergi kedai runcit Ah Beng di simpang depan tu pun tak mahu! Bila aku bawa air untuk minum, dan sandwich untuk kami makan bersama, tak pernahnya dia menerima. Sudahnya aku juga yang jadi tong sampah. Bazir saja setiap kali. Tapi aku masih lagi setia datang ke sini, setiap Jumaat menemaninya.
Tak ada seorang pun rakan-rakan sekursus denganku yang kenal akan Daniel. Dengar namanya pun tak pernah. Sebabnya, aku ingin bertanya mereka tentang subjek yang Daniel ambil. Setiap kali berjumpa aku bagaikan terlupa untuk menanyanya.
“Saya tak pernah minta. Awak yang degil,”
“Iyalah, tapi at least take a sip. Saya dah bawa ni. Tak minta apa-apa pun dari awak,”
“Sorrylah. Jangan marah, ya babe?” ujarnya. Tangannya mencuit-cuit bahuku. Aku tak sengaja ketawa. Daniel memang sweet.
“Next week awak dah start final exam, kan?” Aku mengangguk.
“Kita hold dulu weekly date kita ya? The last Friday of the semester, baru kita jumpa lagi.” Aku mengangguk lagi. Tiba-tiba rasa berat dadaku mengingatkan peperiksaan yang hampir tiba. Daniel menarik rambutku perlahan.
“Risau pasal exam?” tanyanya. Aku angguk sekali.
“Tengoklah muka saya ni. Tengok senyum saya yang manis macam gula nira. Confirm terbang semua kerisauan di hati!” ujarnya. Geram aku! Perasan!
Tapi... Macam mana dia tahu pasal gula nira tu?
Minggu terakhir dalam semester pertama. Aku bercadang tunggu sehingga hari Ahad sebelum pulang ke kampung. Alasannya, tentulah nak berjumpa dengan buah hatiku yang seorang itu! Tak sanggup pula aku rasa, nak menghabiskan cuti dua bulan tanpa mendapat dos multivitamin perisa gula nira setiap Jumaat. Banyak lagi senior tahun akhir yang masih belum selesai exam, mereka ada kertas lagi minggu depan. Jadi aku takkan keseorangan di hujung minggu itu.
Petang Jumaat, pukul 2 petang aku sudah bersiap sedia. Sekejap-sekejap aku melihat jam. Tak sabar! Ini baru dua minggu tak jumpa. Macam manalah aku nak menghadapi dua bulan yang panjang?
“Ana, tak balik kampung ke?” Kak Tasha, seorang rakan serumahku menegur. Aku sengih. Kak Tasha mestilah kenal Daniel, kan?
“Saya nak jumpa orang. Hujung minggu ni nak date puas-puas dengan Daniel. Nanti balik kampung, rindu!” aku menjawab dengan gembira. Kak Tasha senyum.
“Amboi. Sampai merah-merah muka tu. Happy, ya? Daniel yang mana satu ni ye? Dia ada abang tak?” aku ketawa.
“The one and only Daniellah. Yang biasa pakai seluar pendek dengan t-shirt polo. Dia pakai laptop iMac,”
Aku nampak dahi Kak Tasha berkerut tiba-tiba. Dia memandangku. Perlahan-lahan, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan.
“If I am to show you a picture, Ana, you’ll tell me if it his him, OK?” tanya Kak Tasha. Aku mengangguk laju. Akhirnya! Ada orang yang kenal Daniel. Gembiranya aku! Kenapalah aku tak pernah terfikir nak tanya senior-senior di apartmentku ini. Mestilah aku akan tunjukkan mana satu Daniel, kalau aku nampak gambarnya. Aku ni tak kedekutlah, Kak Tasha…
“Is Daniel in there?” Kak Tasha mengunjukkan gambar di telefon bimbitnya kepadaku. Aku nampak senyum gula nira yang saban malam menemaniku tidur. Dia berdiri agak terjarak dari kumpulan pelajar di sekelilingnya. Heroku itu sedang bersandar malas di tiang, berpeluk tubuh dan memandang tepat ke arahku. Ok, ok, sebenarnya dia memandang tepat ke kamera. Aduhai. Berdegup-degup jantungku! Aku memandang Kak Tasha. Sengih di bibirku dah cukup untuk menjawab soalannya.
“Dah berapa lama Ana kenal dia?”
“First day Ana register, Ana nampak dia. Then lepas-lepas tu baru kami berkenalan.”
“Ana tahu dia course apa? Umur berapa? Tahun berapa? Yang basic-basic macam tu?”
“Aduh, kak Tasha. Macam tahu-tahu je. Ana tak tahu apa-apa pun pasal dia. Setiap kali nak tanya, ada je halangan.” Jawabku jujur. Hairan juga dengan soalan-soalannya. Tiba-tiba kak Tasha bangun dan masuk ke bilik. Dia keluar semula membawa satu fail clear holder. Beberapa ketika kemudian, dia mengunjukkan kepadaku sekeping keratan akhbar, lengkap dengan gambar berwarna. Keratan muka depan.
Aku nampak lagi, senyum gula nira itu! Berita Daniel pernah keluar akhbar? Wah, hebat betul. Tapi pasal apa ya?
“PELAJAR KOLEJ MATI, LIF ROSAK TERHEMPAS DARI TINGKAT 12”
Berderau darahku. Aku pandang kak Tasha. Dia mengisyaratkan supaya aku meneruskan pembacaan.
“He was my classmate, Ana. A year ago.”
Aku hanya mampu membaca empat ayat pertama. Sah. Dia. Segala kemusykilan terjawab.
Sekarang sudah pukul tiga petang.
“Will I see you again, my dear?” tanganku Daniel pegang erat. Kenapalah sebelum ini, aku tak pernah perasan tangannya sejuk macam air batu? Kenapa aku tak pernah sedar dia tak pernah makan dan minum, kerana dia tidak memerlukan zat? Kenapa aku tak pernah sedar dia boleh memerhati aku dari dekat, kerana dia boleh menyembunyikan dirinya di sebalik angin?
“Awak tipu saya.”
“Saya tak pernah tipu! Saya tak pernah beritahu apa-apa yang menipu awak!”
“Samalah tu. Awak tetap menyembunyikan kebenaran.”
“Babe, please. Saya perlukan awak.”
Aku memandang wajahnya yang pucat. Bibir yang sebelum ini jadi sumber inspirasiku, kini bertukar warna biru. Aku nekad berjumpanya walaupun ditegah kak Tasha. Tadi setibanya aku di bangku tempat kami selalu duduk, dia sudah duduk tegak menunggu. Matanya memandang ke arahku tajam dan tepat. Bulu romaku mula meremang. Aku berpusing dan mahu berlari pulang, tapi dia tiba-tiba di hadapanku! Serta-merta aku menangis. Ketika itu angin mula bertiup, perlahan, nyaman dan menenangkan. Membuat aku lebih lega.
“Let me go, Daniel.” Aku memandang tepat ke dalam matanya. Dia mengeluh sayu. Tanganku dilepaskan dari cengkaman ais batunya. Aku pusing, dan mula meninggalkan dia.
“Saya akan berada di sini sampai bila-bila, Ana.”
Sepanjang cuti aku gelisah.
Semester dua, minggu pertama, Jumaat, tiga petang, depan lif Blok Lima.
Aku nampak dia muncul dari celah udara. Dia senyum. Manis, macam gula nira.