Tick tock

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 21 April 2009

Dulu Comel, Sekarang Comot

  1. Ketika tadika, saya seringkali lambat ke kelas kerana bangun lambat. Walaupun kata pepatah sering menyatakan bahawa "lenturlah buluh biar dari rebungnya" tapi saya telah pun menjadi buluh yang liat sejak saya masih rebung lagi. Tadika akan bermula pukul 8 pagi. Emak saya yang ketika itu mengajar di SK Green Road, Kuching, Sarawak (kelas sesi petang) akan mengangkat saya masuk ke dalam bilik air untuk membangunkan saya. Saya sangatlah degil.
  2. Sesungguhnya ustazah yang mengajar saya di Tadika Az-Zahrah, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak telah pun fed-up dengan perangai saya ketika itu. Pada suatu hari, saya lambat seperti biasa. Pukul 9 pagi barulah saya sampai di tadika yang terletak di hujung kawasan perumahan kami. Saya pun mengetuk pintu dengan macho. "Assalamualaikum~!" kata saya. Seketika saya menunggu jawapan ustazah yang telah saya lupakan namanya. Sekejapan itu saya terdengar: "Dah pukul 9 dahh!!" kata ustazah saya. Saya terkejut. Dengan hati yang lara saya pun pergi lah balik ke rumah. Sepanjang jalan saya menangis.
  3. Bila sampai di rumah emak saya pun bertanya dengan garang. "Kenapa balik ni?" Saya pun menjawab dengan berkata: "Ustazah tak bagi masuk!" Lepas itu saya pun masuk ke bilik dan sambung tido.
  4. Besok harinya, saya tidak lagi pergi ke tadika. Saya happy je, walaupun tak dapat sijil graduasi tadika, dan tidak dapat ambil gambar dengan topi yang ala-ala topi degree itu, saya dah lupa namanya. Lagipun saya dah pun pandai membaca dan menulis sejak umur saya 5 tahun. Emak saya yang ajar dengan cara menulis suku kata di dinding.
  5. Dua hari kemudian ustazah saya pun datang ke rumah kerana risau saya ponteng. Saya yang pergi buka pintu. Bila saya nampak sahaja ustazah saya, saya terus berlari dengan pantas ke dalam bilik. Bahu saya terlanggar dinding, namun saya tahan juga kesakitannya demi dapat melarikan diri. Saya bertindak tangkas, mengunci pintu dan melompat ke atas katil. Seketika kemudian terdengar jeritan emak saya. "Zatii, nak tadika lagi tak?" katanya. Saya pun apa lagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantal lah. Segera saya menyahut; "Tak nakk!"
  6. Bermula itu saya pun tidak lagi pergi ke tadika.

3 comments:

Anonymous said...

wah...
kecik2 pun dh pandai memberontak...

zartezaty said...

opp? whats dat supposed to mean? :)

Anonymous said...

fikir2 kn...

Hallo zusammen!

 1. 2022 ist mein achtes Jahr in als Lehrerin in Mersing. 2. Ich bin gerade mit meinem 2. Kind schwanger. 3. Mein erstes Kind ist 3 Jahre al...